Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kerajaan Malaysia perlu tangani kos sara hidup tinggi

    KUALA LUMPUR, 4 DIS – Keutamaan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menangani kos sara hidup yang tinggi, ringgit yang rendah dan kebimbangan mengenai kemelesetan global dan bagaimana ia akan memberi impak kepada ekonomi terbuka seperti Malaysia.

    Pengarah Urusan Symphony Digest Sdn Bhd, Saw Ann Ping berkata strategi untuk tujuan ini termasuklah menghapuskan monopoli, mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mendapat permintaan dunia, menutup ketirisan kewangan dan membasmi rasuah.

    Beliau berkata harga boleh dikurangkan secara automatik dengan ‘menghapuskan monopoli dan membiarkan kuasa pasaran menentukannya’.

    “Tidak perlu ada jawatankuasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Saw, seorang jurulatih industri perkhidmatan kewangan dan bekas ahli perbankan, berkata monopoli dan oligopoli menikmati keuntungan yang dilindungi, yang turut membenarkan ketidakcekapan, menyebabkan harga tinggi yang kemudiannya berpindah kepada pengguna yang tiada pilihan.

    “Perkenalkan persaingan sekarang untuk menurunkan harga dan membuang elemen yang dilihat sebagai tidak perlu,” katanya.

    Beliau berkata syarikat multinasional (MNC) turut mengelak Malaysia berikutan negara tidak mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang dikehendaki dunia. – Bernama

    Orang ramai meluangkan masa membeli barang keperluan harian di sebuah pasar raya sempena cuti hujung minggu ketika tinjauan fotoBernama kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...