Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

Kerajaan Malaysia tumpu usaha perkasa sektor swasta

-

KUALA LUMPUR, 22 OGOS – Kerajaan akan menumpukan usaha mencapai dua objektif utama bagi meningkatkan semula ekonomi negara termasuk mengembalikan kesejahteraan rakyat seiring dengan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna.

Ketika berkongsi matlamat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata objektif seterusnya adalah menumpukan usaha mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara bagi mengurangkan kesan ekonomi berpanjangan berikutan pandemik COVID-19.

“Krisis pandemik ini telah memberi kesan yang sangat serius dan menyeluruh kepada ekonomi dunia, termasuk ekonomi domestik negara kita. Pelbagai sektor industri, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana juga sangat terkesan.

“Ada yang masih bergelut dan ada yang (terpaksa) gulung tikar. Ini memberikan impak yang besar kepada ekonomi rakyat serta negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan sulung beliau sebagai perdana menteri kesembilan yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen dan media sosial di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menegaskan bahawa tumpuan usaha kerajaan baharu adalah kalangan rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian, golongan berpendapatan sederhana, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor perindustrian termasuk industri pelancongan domestik.

“Fokus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka pendek untuk mengembalikan ekonomi rakyat khususnya dan menjana ekonomi negara secara menyeluruh.

“Saya juga akan memastikan tiada mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum yang tercicir atau terpinggir,” katanya. – Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat melambai kepada para pengamal media semasa meninggalkan kediamannya ketika tinjauan kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -