Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Kerajaan M’sia terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi

    PUTRAJAYA, 27 JUN – Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi Malaysia daripada melonjak sehingga 11.4 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Beliau berkata kerajaan mempunyai pilihan untuk menghapuskan subsidi dan mengukuhkan kewangan negara pada paras lebih baik namun memilih untuk terus menanggung subsidi demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

    Katanya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang tiada kenaikan tarif air dan elektrik serta harga ayam tidak diapungkan pada 24 Jun lepas, menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan untuk mengekalkan subsidi.

    Merujuk kepada unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022, beliau berkata RM51 bilion daripadanya meliputi komponen terbesar bagi perbelanjaan subsidi bahan api, minyak masak, elektrik, air, ayam dan telur menyaksikan kerajaan memainkan peranan penting dalam menstabilkan harga barangan di pasaran.

    “Tanpa subsidi ini (RM51 bilion), maka inflasi 2.8 peratus pada Mei 2022 mungkin menjadi 11.4 peratus. Ini menggambarkan peranan dimainkan subsidi yang diberikan kerajaan dalam menstabilkan harga di negara kita,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Statistics Data Ware-house 2.0 (StatsDW) di sini hari ini. – Bernama

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berucap pada Majlis Pelancaran Statistics Data Warehouse (StatsDW) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...