Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kerajaan negeri Sabah bentang Belanjawan 2023

    KOTA KINABALU, 25 NOV – Kerajaan Sabah hari ini membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan ‘Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera’ dengan anggaran lebihan RM130.47 juta.

    Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ketika membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini berkata kutipan hasil negeri tahun depan dianggar RM5.268 bilion berbanding perbelanjaan RM5.138 bilion tahun depan.

    “Tumpuan utama Belanjawan 2023 adalah untuk memacu dan memperkasa ekonomi negeri demi memastikan pembangunan Sabah dan kesejahteraaan rakyat secara inkusif serta berterusan,” katanya semasa membentangkan belanjawan itu.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata kerajaan negeri mengunjurkan hasil negeri tahun ini mencapai RM5.988 bilion, antara lain kerana impak positif komoditi minyak mentah dan minyak sawit, malah boleh mencapai RM6 bilion sekiranya harga itu kekal pada paras tinggi.

    Katanya kerajaan negeri mengunjurkan jumlah hasil secara konservatif kerana harga komoditi tidak menentu iaitu RM5.268 billion yang mana daripada jumlah itu sebanyak RM2.405 billion adalah daripada hasil cukai, hasil bukan cukai (RM2.311 bilion), dan terimaan bukan hasil (RM553.17 juta).

    Hajiji berkata daripada jumlah perbelanjaan, RM792.28 juta disyorkan untuk emolumen; perbelanjaan berulang pula RM1.977 bilion, antara lain melibatkan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan, pengurusan banjir, bantuan anak yatim dan miskin, pembangunan masjid, surau dan sekolah agama.

    Katanya perbelanjaan khas diperuntuk RM2.369 bilion antara lain melibatkan penyelenggaraan infrastruktur; bantuan khas nelayan, Petani dan Penternak; pemberian sekolah dan badan keagamaan bukan Islam; serta bantuan badan berkanun, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...