Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kerajaan negeri Sabah, Petronas lancarkan Pelan Induk Gas Sabah

    KOTA KINABALU, 4 JAN – Kerajaan Sabah hari ini melancarkan Pelan Induk Gas Sabah dengan kerjasama Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang memfokuskan kepada tiga aspek utama dalam usaha memacu pelaburan sumber gas asli di negeri itu.

    Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata aspek pertama dalam pelan induk berkenaan ialah pembinaan loji gas asli cecair (LNG) dengan kapasiti 2.0 juta tan setahun (MTPA) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

    Beliau berkata kemudahan LNG itu akan memberi peluang untuk mengembangkan pengedaran LNG di Sabah termasuk aktiviti seperti sistem saluran paip maya, membolehkan lebih banyak perniagaan perindustrian dan komersial mengakses serta menggunakan gas asli sebagai sumber tenaga yang lebih bersih.

    “Keduanya, kerajaan negeri akan mengambil peranan yang lebih menonjol dalam menerajui aktiviti pemasaran dan pengedaran di Sabah, dengan 120 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) bekalan gas akan disediakan bagi pembangunan industri utama di negeri ini,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Induk Gas Sabah, Perjanjian Induk Bekalan Gas Asli (HOA) dan Perasmian Menara Petronas 2, di sini, hari ini. – Bernama

    Datuk Hajiji Noor semasa menghadiri majlis pelancaran Plan Induk Gas Sabah, kelmarin.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...