Kerajaan Pakistan perkenal bajet mini

ISLAMABAD, 13 Sept – Kerajaan Pakistan yang baharu dipilih memutuskan untuk membentangkan bajet mini bagi sembilan bulan terakhir tahun fiskal 2018/19 Jumaat ini.

Menurut laporan media tempatan, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Imran Khan di Islamabad Rabu lalu.

Pembentangan belanjawan yang dipinda untuk menyelaraskan dasar ekonomi kerajaan selaras dengan petunjuk ekonomi utama dan pengenalan dasar serta langkah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan bagi membantu mengatasi defisit belanjawan dan perdagangan.

Kerajaan baharu dijangka membuat perubahan kepada Skim Cukai Amnesty yang popular, yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu pada awal tahun ini.

Perdana Menteri Imran Khan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Majlis Negeri dan Menteri Luar China, Wang Yi di Islamabad, 9 September lalu. Kerajaan pimpinan Imran memutuskan untuk membentangkan bajet mini bagi sembilan bulan terakhir tahun fiskal 2018/19 Jumaat ini. – Xinhua

Pada masa yang sama, pengurus ekonomi sedia ada juga mungkin akan mengubah lajur tahunan pengecualian cukai daripada 1.2 juta rupee kepada 0.8 juta rupee.

Presiden Pakistan Arif Alvi telah memanggil sesi Dewan Rakyat hari ini di mana beliau akan menyampaikan ucapan sulungnya kepada ahli parlimen.

Sesi ini juga akan membincangkan pelbagai langkah lain untuk meningkatkan hasil cukai termasuk pengenaan duti kawal selia 1 peratus ke atas semua barangan import. – Xinhua