Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kerajaan S’wak tetap teruskan projek dirancang

    KUCHING, 19 JULAI – Kerajaan Sarawak akan tetap meneruskan projek-projek pembangunan yang sudah dirancangnya untuk kepentingan ekonomi dan rakyat negeri ini, biarpun kerajaan pusat mengambil langkah penjimatan seperti yang diumumkan dalam satu Pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata setakat ini beliau belum dapat menjangka secara terperinci kesan dasar baharu penjimatan persekutuan itu, tetapi secara makronya ia tidak akan menjejaskan perancangan pembangunan negeri.

    “Bukan kata kita tidak berjimat, cuma kita rasa kemampuan kita ada. (Perancangan) sudah dirangka dan peruntukan sudah tersedia, kita teruskan. Kalau tidak, ekonomi akan merudum.

    Orang akan hilang kerja. Untuk Sarawak kita teruskan, jambatan, RTP (Program Transformasi Luar Bandar) semua jalan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak sempena Sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Sarawak yang diadakan di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...