Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerajaan tekad bantu transformasi ekonomi

    SINGAPURA, 19 Feb – Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean semalam berkata kerajaan akan terus membantu syarikat-syarikat dan kesatuan-kesatuan perdagangan dalam mentransformasikan ekonomi mereka menerusi penggunaan teknologi dan latihan tenaga kerja.

    Teo, yang juga bertindak sebagai Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucapan semasa majlis resepsi Tahun Baharu Cina, sehari sebelum draf belanjawan kerajaan yang dijangka bakal didedahkan.

    Dia maklum ketika orang ramai menjangkakan manfaat yang lebih besar dari belanjawan, akan tetapi usaha yang berterusan adalah lebih penting untuk mendorong pertumbuhan dan perkembangan ekonomi di negara itu.

    Dia menjangkakan Singapura akan mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 1.5 dan 3.5 peratus pada tahun ini, berbanding 3.6 peratus tahun lalu.

    Timbalan Perdana Menteri juga menekankan bahawa kerajaan akan berusaha memastikan sumber kewangan yang diperuntukkan mencukupi bagi masa hadapan, tatkala negara menyaksikan peningkatan jumlah penduduk berusia.

    Sementara itu, kira-kira 900 orang tetamu menyertai resepsi yang dihoskan bersama oleh Pusat Kebudayaan Masyarakat Cina Singapura (SCCC) dan Pertubuhan Kaum Cina Persekutuan Singapura. (SFCCA). – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda