Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Kerajaan Thai teruskan pembiayaan semua rawatan COVID-19

-

BANGKOK, 5 JAN – Kerajaan Thailand terus membiayai rawatan COVID-19 di hospital swasta dan pengurusan hospital tidak boleh mengenakan bayaran kepada pesakit mereka, lapor agensi berita Thai (TNA), memetik jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana.

Wangboonkongchana berkata kabinet tidak menghentikan bayaran rawatan meskipun organisasi terbabit mencadangkan kerajaan berhenti menanggung kos rawatan COVID-19 di hospital swasta dan membayar rawatan pesakit yang dijangkiti dan tidak divaksinasi untuk menjimatkan perbelanjaan negara.

Terdapat juga cadangan untuk memvaksin orang yang dijangkiti COVID-19 menggunakan hak rawatan di bawah Keselamatan Sosial atau skim insurans kesihatan sejagat mereka.

Wangboonkongchana berkata kerajaan akan membayar rawatan COVID-19 di hospital awam dan swasta dan pesakit tidak perlu membuat sebarang bayaran.

Pihak pengurusan hospital tidak boleh mengenakan bayaran kepada pesakit mereka.

Kerajaan membiayai rawatan COVID-19 di hospital awam, swasta dan lapangan, serta rawatan di rumah dan orang ramai tidak perlu risau tentang beban kewangan, kata jurucakap kerajaan. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -