Kerajaan Trudeau berdepan krisis

OTTAWA, 13 Feb – Peletakan jawatan mengejut seorang menteri Kanada kelmarin mengubah tuduhan campur tangan dalam pendakwaan jenayah syarikat gergasi kejuruteraan menjadi krisis politik bagi pihak Liberal, Perdana Menteri Justin Trudeau.

Peletakan jawatan Jody Wilson-Raybould disusuli dengan tuntutan kepada kerajaan untuk berterus terang mengenai sama ada pejabat Trudeau memberi tekanan kepada beliau untuk campur tangan dalam pendakwaan SNC-Lavalin.

Firma yang berpangkalan di Montreal didakwa pada 2015 atas kesalahan rasuah yang melibatkan para pegawai di Libya antara tahun 2001 dan 2011 bagi mendapatkan kontrak kerajaan semasa pemerintahan Muammar Gaddafi.

Jody Wilson-Raybould kelmarin mengumumkan menerusi Twitter bahawa beliau dengan rasa berat hati undur diri daripada kabinet.

Menurut Trudeau, beliau terkejut dan kecewa.

Perdana Menteri Justin Trudeau ketika berkunjung ke Pusat Kebudayaan Islam Quebec pada 25 Januari 2019. Kerajaan Trudeau ketika ini berdepan krisis selepas Jody Wilson-Raybould meletak jawatan baru-baru ini. – AFP

“Pihak kerajaan telah melaksanakan tugas dengan baik dan mematuhi semua peraturan,” katanya.

SNC-Lavalin melobi pihak kerajaan termasuk pegawai kanan di pejabat Trudeau, untuk penyelesaian luar mahkamah yang termasuk membayar denda dan bersetuju untuk melaksanakan langkah komplians.

Berkemungkinan disabitkan bersalah, mereka membantah di mana ia berdepan risiko menjejaskan perniagaannya dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan pekerjaan.

Tetapi menurut sumber yang tidak dinyatakan yang dipetik oleh Globe dan Mail, Wilson-Raybould menolak untuk meminta pihak pendakwaan untuk menyelesaikan dengan syarikat itu dan perbicaraan itu akan diteruskan.

Trudeau menafikan tuduhan itu dan berkata: “Saya atau pejabat saya tidak mengarahkan peguam negara sebelum ini dan pada masa sekarang untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan perkara ini.” – AFP