LONDON, 10 OKT – Kerajaan dan industri Britain masih berusaha untuk menyelesaikan krisis tenaga yang bos-bos beri amaran boleh menghentikan pengeluaran dalam beberapa hari ini, kata setiausaha perniagaan, Kwasi Kwarteng.
Kenaikan harga tenaga global yang didorong oleh ketakutan terhadap bil musim sejuk yang tinggi, Kwarteng memberitahu penyiar Sky News bahawa tidak ada rancangan buat masa ini untuk industri tersebut, tetapi dia ‘sangat yakin’ dalam ketahanan bekalan tenaga United Kingdom (UK).
“Saya tidak dapat berjanji apa-apa buat masa ini,” kata Kwarteng.
Bos industri berat dalam sektor seperti penghasilan seramik, kertas dan keluli meminta pembatasan harga, tetapi perbincangan dengan kerajaan pada hari Jumaat gagal untuk mencapai jalan penyelesaian. Pada hari yang sama, ketua UK Steel, Gareth Stace meminta kerajaan untuk ikut campur dengan tujuan untuk meringankan tekanan pada harga borong, dengan mengatakan tindakan dalam beberapa minggu mungkin akan terlambat.
Kwarteng mengatakan para pegawai ‘selalu bercakap’ dengan industri berat berintesifkan tenaga dan ‘benar-benar fokus untuk menyelesaikan masalah ini’, menolak untuk membatasi harga.
Kwarteng juga mengatakan kerajaan akan terus melindungi pengguna dan batas harga bil tenaga tidak akan dihapus selama enam bulan.
Dia juga menolak panggilan dari firma tenaga, sembilan di antaranya diisytiharkan muflis dalam satu bulan pada bulan September, untuk menghapuskan batas pengguna.
“Banyak syarikat dalam tempoh ini mengatakan kita harus menaikkan had harga atau menghapuskannya,” katanya.
“Ia memberi perlindungan kepada pengguna yang kita semua perlukan dari kenaikan harga yang sanggat tinggi,” tambah Kwarteng. – AFP