Kerajaan UK yakinkan semula keselamatan AstraZeneca

LONDON, 8 APRIL – Britain bertindak hari ini untuk menyakinkan semula orang awam berhubung keselamatan kempen vaksin koronavirus, selepas memutuskan untuk menawarkan alternatif kepada vaksin AstraZeneca di tengahtengah kebimbangan isu pembekuan darah.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock menggesa orang ramai untuk mendapatkan inokulasi, sehari selepas pengawal atur perubatan Britain berkata vaksin yang dihasilkan oleh firma Britain-Sweden itu berkaitan dengan 79 kes pembekuan darah jarang berlaku dan 19 kematian.

Namun bagi mereka yang di bawah usia 30 akan ditawarkan alternatif vaksin AstraZeneca, yang mana lebih 20 juta dos telah diberikan sejak awal Disember.

Hancock menekankan kesan sampingan serius ‘jarang berlaku’ menambah semua ketiga-tiga vaksin setakat ini diluluskan untuk digunakan di Britain adalah ‘selamat untuk semua umur’.

“Vaksin-vaksin itu selamat dan jika sebaliknya anda mahu vaksin Pfizer atau Moderna maka itu juga bagus,” kata Hancock kepada BBC, merujuk kepada dua vaksin lain yang diluluskan oleh pengawal atur Britain. – AFP