Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kerana dadah, bakar rumah

    MUKAH, 2 MAC – Berang selepas mengesyaki ahli keluarga melaporkan penglibatannya dalam aktiviti dadah, seorang lelaki bertindak membakar rumah keluarganya di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo di sini malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias dalam kenyataan berkata kejadian kira-kira 7:40 malam itu menyebabkan 12 penghuni termasuk suspek telah kehilangan tempat tinggal.

    “Suspek yang merupakan penganggur berusia 30 tahun dikatakan memulakan kebakaran itu di bahagian belakang rumah tersebut dan pemilik rumah yang juga abang kepada suspek terdengar suspek memanggil keluar ahli keluarganya untuk keluar memadamkan api.

    “Apabila semua ahli keluarga keluar, mereka mendapati bahagian belakang rumah terbakar dan api merebak namun tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang peribadi di dalam rumah tersebut,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...