Kerana gurauan, penggodam dibicarakan

PARIS, 19 JUN – Pendakwa Perancis semalam mengarahkan penggodam Perancis-Israel Ulcan dibicarakan berhubung  satu gurauan telefon yang menyasarkan bapa wartawan Perancis yang meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.

Penggodam berusia 36 tahun itu, nama sebenar Gregory Chelli dan yang telah menetap di Israel beberapa tahun lalu, melakukan gurauan itu untuk membalas dendam terhadap wartawan daripada laman berita Rue 89 kerana profil dirinya yang didapati tidak menarik.

Pada Ogos 2014, dia menceroboh talian telefon ibu bapa wartawan Benoit Le Corre dan menghubungi polis, menyamar sebagai lelaki yang telah membunuh isterinya dan anak damit dan sedang bersembunyi di rumah.

Chelli memberikan alamat ibu bapa Le Corre kepada polis, yang mengepung rumah pada awal pagi sebelum menyedari mereka telah terpedaya.

Empat hari kemudian, bapa Le Corre mengalami serangan jantung dan meninggal dunia sebulan setengah selepas itu. – AFP