Kerana hidangan BTS, restoran makanan segera ditutup sementara

JAKARTA, 9 JUN – Lebih puluhan cawangan McDonald’s di Indonesia telah ditutup sementara hari ini berhubung kebimbangan virus ketika hidangan baharu BTS mencetuskan pembelian mendadak daripada para peminat di negara yang taksub dengan artis K-pop.

Jakarta dan beberapa bandar lain mengenakan tanda penutupan pada kira-kira 13 cawangannya yang dibanjiri dengan pemandu penghantar makanan online untuk mengambil hidangan set dinamakan sempena kumpulan penyanyi popular Korea.

“Kami menutup sementara empat daripada enam cawangan McDonald’s di Semarang selama beberapa hari,” kata Fajar Purwoto, ketua agensi ketenteraman awam bandar itu.

“Saya tidak mahu Semarang menjadi zon merah COVID-19 sekali lagi.”

Media tempatan berkata lima cawangan di bandar itu telah ditutup gara-gara tempahan hidangan BTS.

Hidangan set itu mengandungi nuget ayam, kentang dan minuman, pertama kali dapat diperoleh di Indonesia hari ini, yang ditawarkan di puluhan buah negara sejak Mei. – AFP