Kerana swafoto, Kareena dikecam

Pelakon Bollywood Kareena Kapoor yang kini sedang bercuti di Tuscany, Itali menerima kritikan mengenai fizikal tubuh atau body shaming daripada pengguna laman maya.

Meskipun tidak mempunyai media sosial, pengurusnya Poonam Damania kerap memuat naik foto dan video Kareena untuk tatapan peminat.

Salah satu foto dikongsi adalah ketika pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham ini mengambil swafoto di bawah sinaran matahari.

“Sunkissed in Tuscany missing you Bebo,” tulis Poonam menggambarkan kulit Kareena Kapoor yang terbakar kesan panas matahari.

Perkongsian itu menyebabkan netizen mula meninggalkan komen berbentuk body shaming kepada Kareena Kapoor. Ada yang berpendapat aktres ini kelihatan terlalu tua daripada usia. “Mukanya terlalu tua, seperti seorang makcik,” tulis netizen.

Walaupun dipenuhi komen kritikan, masih ada peminat yang memberikan sokongan dan pujian kepada Kareena. “Dia nampak luar biasa, pembenci tetap pembenci, buat hal sendiri, dia tetap bintang. Ohhh… ramai yang nak jadi hakim, dia berjaya dengan karier. Jangan menilai penampilannya sahaja,” kata netizen. – Agensi

Ada yang berpendapat, Kareena Kapoor kelihatan terlalu tua daripada usianya. – Agensi