Kerana terlalu minat Hirthik Roshan

Gara-gara cemburu seorang suami menikam isterinya sehingga mati berikutan wanita itu terlalu meminati pelakon Bollywood terkenal, Hrithik Roshan.

Seperti dilapor New York Post, Dineshwar Budhidat, 33, didakwa menikam isterinya, Donne Dojoy, 27, sebelum bertindak membunuh diri pada Jumaat lalu di Queens, New York.

Menerusi laporan itu, rakan sekerja Donne, Mala Ramdhani memberitahu bahawa tingkah laku Dinesh terlalu obsesif sehingga tidak membenarkan isterinya menyaksikan Hrithik Roshan di televisyen. “Setiap kali Dinesh ternampak Donne tengah menonton TV ataupun dengar lagu-lagu Bollywood yang melibatkan Hrithik Roshan, Dinesh akan memaksa isterinya untuk tutup. Dinesh terlalu cemburu kerana dia tahu isterinya memiliki wajah dan tubuh badan yang cantik,” katanya.

Sebelum ini, Dineshwar pernah ditangkap pada 21 Ogos lalu kerana didakwa menampar dan mencekik Donne di kediaman mereka. Donne telah mendapat perintah perlindungan dan Dineshwar sepatutnya menjalani hukuman pada Januari depan. – Agensi

Akibat cemburu seorang suami menikam isterinya sehingga mati berikutan wanita itu terlalu meminati pelakon Bollywood terkenal, Hrithik Roshan. – Agensi