Kerana Usher, T-Pain murung empat tahun

Penyanyi rap, T-Pain mendedahkan pernah mengalami kemurungan selama empat tahun selepas penyanyi Usher mengkritik dia menggunakan teknologi ‘auto tune’ untuk memantapkan suara.

Penyanyi lagu Buy U a Drank (Shawty Snappin’) itu berkata, Usher pernah memberitahu kepadanya teknologi ‘auto tune’ yang digunakan dalam klip lagu bagi sebuah siri Netflix, This Is Pop memusnahkan industri muzik.

T-Pain atau nama sebenarnya Faheem Rasheed Najm berkata, komen ‘pedas’ yang dibuat Usher membuatkannya mengalami tekanan.

“Usher adalah sahabat saya dan saya sangat menghormatinya. Namun, satu hari dia beritahu yang saya memusnahkan industri muzik. Pada mulanya saya terpinga-pinga, namun saya menjelaskan saya memang menggunakan teknologi auto-tune dalam lagu dan tidak memberitahu kepada sesiapa yang saya menggunakannya. – Agensi

T-Pain mendedahkan pernah mengalami kemurungan selama empat tahun kerana dikritik Usher. – Agensi