Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Kerana yogurt, pemandu kereta api digantung kerja

-

LAHORE, PAKISTAN, 8 DIS – Seorang pemandu kereta api di Pakistan telah digantung kerja selepas melakukan perhentian tidak berjadual untuk mengambil yogurt.

Satu video penolong pemandu mengambil snek dari gerai jalanan sebelum naik semula ke gerabak itu telah tular dalam media sosial.

Insiden yang berlaku pada Isnin lalu itu menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan peraturan landasan kereta api di Pakistan di mana kemalangan sering berlaku.

“Apabila awda menghentikan kereta api di tengah-tengah trek, ia menjadi isu keselamatan. Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami tidak boleh bertoleransi terhadap apa-apa yang membabitkan keselamatan,” kata Syed Ijaz-ul-Hassan Shah, jurucakap kementerian landasan kereta api memberitahu AFP hari ini. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -