Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kerani didakwa bunuh anak kandung

    KUALA LUMPUR, 5 SEPT – Seorang kerani syarikat swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan membunuh anak damit lelakinya berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Klang Gate, bulan lepas.

    Zainah Misdin, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Wanita itu didakwa bersama-sama seorang individu yang masih bebas, membunuh anak damit berkenaan di sebuah rumah di Jalan Seladang 2 Kampung Klang Gate di sini pada 7:40 malam, 23 Ogos lepas.

    Mahkamah menetapkan 6 Disember ini untuk sebutan semula kes.

    Pada 30 Ogos lepas, media melaporkan seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian anak damit lelaki berusia enam bulan.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata dalam kejadian itu pegawai perubatan hospital telah menerima pesakit seorang anak damit lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan, namun disahkan meninggal dunia pada 4:30 petang, 29 Ogos lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...