Kerbau Thai pamer kekuatan

CHON BURI, THAILAND, 21 JULAI – Meredah sawah padi dengan lelaki memecut di belakang mereka, kerbau berharga berlari melintasi penonton di timur Thailand hari ini dalam satu pertunjukan kekuatan luar biasa kerbau.

Jentera traktor telah mengganti haiwan tersebut dalam kerja harian namun petani di Chonburi telah memelihara tradisi perlumbaan berusia lebih 100 tahun itu untuk meraikan penanaman padi tahunan.

“Sebelum ini, kami menggunakan kerbau untuk membajak sawah padi. Apabila kerja kami sudah siap, kami mengadakan perlumbaan kerbau sebagai acara santai,” kata pemilik Thanin Sae-tiew, 52.

“Ia telah menjadi tradisi kami.”

Pasangan kerbau berlumba ke garisan penamat sementara seorang pelumba memegang bajak merah cuba bertahan sehingga akhir perlumbaan atau mereka akan disingkirkan.

Ia bukan kerana memenangi hadiah 3,000 baht tetapi rasa bangga ketika menang yang menjadi dorongan kepada pelumba, walaupun kerbau terbaik boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Pelumba Noppadol Pornpaipan, 22, berkata kerbaunya diberi makan nasi, telur dan pati ayam pada petang.

Namun pada hari perlumbaan, mereka memakan nasi dicampur dengan sup sirip ikan yu yang dipercayai dapat menambah kekuatan kerbau.

“Saya rasa gembira saya dapat memelihara tradisi kerbau Thai supaya mereka tidak menjadi lenyap,” kata Noppadol. – AFP

Penonton menyaksikan lumba kerbau di Chonburi, kelmarin. – AFP