Kerber, Cibulkova tersungkur

BRISBANE, 5 Jan – Kejohanan Antarabangsa Brisbane telah kehilangan dua pemain wanita pilihan utamanya hari ini apabila Angelique Kerber (gambar) dan Dominika Cibulkova tersingkir dalam peringkat suku akhir kejohanan pembukaan musim itu.

Pemain nombor satu dunia, Kerber telah membuat 48 kesilapan, termasuk lima kesalahan berganda, ketika kekalahannya kepada pemain Ukraine, Elina Svitolina dengan keputusan 6-4, 3-6, 6-3, sementara pemain wanita dari Perancis, Alize Cornet menyingkirkan Cibulkova dengan keputussan 6-3, 7-5.

Kerber berkata dia tidak bimbang mengenai kekalahan awal musim dalam kejohanan itu akan menjejaskan usahanya mempertahankan mahkota Terbuka Australia. – AFP