MELBOURNE, 20 Jan – Pemain nombor satu dunia Angelique Kerber berkata dia rasa bersemangat untuk pertarungan pusingan 16 terakhir dengan pemain Amerika Coco Vandeweghe selepas menewaskan Kristyna Pliskova pada kejohanan Terbuka Australia hari ini.
Juara bertahan Jerman, yang bermain tiga set dalam dua pusingan pembukaannya, menewaskan pemain Czech Pliskova 6-0, 6-4 di Arena Rod Laver apabila dia bermain dengan lancar akhirnya.
Dia kini berdepan dengann Vandeweghe, yang mengakhiri kempen aksi kembali pemain Kanada Eugenie Bouchard 6-4, 3-6, 7-5.
“Ia bukan senang hari ini, dia adalah pencabar yang sukar yang membuat servis yang baik dan memukul bola dengan kuat.
Saya cuba menumpukan perhatian sehingga mata terakhir,” kata Kerber.
Dia menyaksikan beberapa perlawanan Vandeweghe-Bouchard, yang berlangsung sebelum itu, dan berkata dia akan bersedia untuk menghadapi pemain Amerika itu pada Ahad.
“Saya fikir ia agak sama dengan hari ini, tetapi sudah pastinya, maksud saya, Coco adalah seorang pencabar kuat. Dia bermain dengan baik hari ini,” katanya.
“Saya tahu dia juga membuat servis yang bagus. Saya perlu bertindak dengan baik, bersedia, membawa balik banyak bola, tetapi juga bersikap agresif, seperti saya boleh bermain.” – AFP
































