Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Kereta api baharu EMU mampu tampung perjalanan semasa festival

    VIENTIANE, 10 APRIL – Kereta api Lane Xang EMU ketiga bagi Landasan China-Laos telah tiba di bandar Laos, Vientiane untuk menampung permintaan perjalanan semasa festival Tahun Baharu Laos pada pertengahan April ini.

    Kereta api Lane Xiang EMU (electric multiple unit) berkelajuan tinggi ketiga itu yang tiba di Vientiane pada malam Sabtu, dikilangkan di Qindao timur China, menurut Syarikat Landasan Kereta api Laos-China (LCRC), satu usaha sama yang mengendalikan seksyen landasan Laos.

    Kereta api baharu itu akan membuat perjalanan antara Vientiane dan Muangxay, sebuah bandar di utara Laos.

    Laos akan meraikan Songkran atau Tahun Baharu Laos bermula 14 hingga 16 April. Ia adalah festival tradisi penting di negara Asia Tenggara dan seksyen Laos daripada Landasan Kereta api China-Laos yang akan meliputi perjalanan festival pertamanya sejak mula beroperasi pada Disember lalu.

    Demi memenuhi permintaan pelbagai perjalanan, kereta api baharu EMU mempunyai tambahan satu gerabak kelas perniagaan dan satu lagi gerabak kelas pertama, dengan gerabak kelas ekonomi dikurangkan menjadi lima. – Xinhua

    Gambar bertarikh 9 April menunjukkan pemandangan di dalam kereta api Lane Xang EMU baharu di Stesen Vientiane di Laos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...