STANFORD-LE-HOPE, United Kingdom, 11 April – Kereta api kargo pertama dari Britain ke China memulakan perjalanannya semalam di sepanjang laluan perniagaan moden ‘Jalan Sutera’ tatkala Britain bercita-cita merebut peluang baru selepas ia meninggalkan Kesatuan Eropah.
Kereta api 32 kontena itu, kira-kira 600 meter panjang, bertolak dari pelabuhan kontena London sarat dengan wiski, minuman ringan dan produk anak damit, menuju ke Yiwu di pantai timur China.
Ia bertolak dalam perjalanan 18-hari, 12,000 kilometer dengan kuartet alat tali, bendera Britain dan China, dan ucapan yang menyuarakan harapan bahawa perkhidmatan itu akan menggabungkan era emas perniagaan baru di antara kedua-dua negara tatkala rundingan Brexit dijangka bermula tidak lama lagi.
Kereta api pertama dari China ke Britain tiba pada 18 Januari, dipenuhi dengan pakaian dan barangan runcit lain dan waktu bertolak semalam merupakan perjalanan pertama di haluan lain.
Jalan kereta api lebih murah berbanding pengangkutan udara dan lebih cepat berbanding pengangkutan laut dengan menawarkan syarikat logistik opsyen tengah baru.
Selepas tiga kontena terakhir dipunggah ke dalam gerabak, pemandu memberikan tanda menerima dan membunyikan hon ketika beliau menggerakkan kereta api di pelabuhan di Standard-le-Hope, timur London.
“Memulihkan Jalan Sutera sebagai satu kaedah di mana China, utara Eropah dan sekarang Eropah boleh bertukar barangan adalah satu inisiatif penting dan menarik,” kata Xubin Feng, pengerusi Pelaburan Industri Yiwu Timex, yang mengendali bersama perkhidmatan tersebut.
“Kami menaruh kepercayaan yang tinggi dalam UK sebagai sebuah negara eksport dan perkhidmatan kereta api memberikan alternatif terbaik untuk memindahkan jumlah barangan besar pada jarak lebih jauh dengan lebih cepat.’
Kereta api itu akan bergerak menerusi Terowong Selat sebelum bergerak di Perancis, Belgium, Jerman, Poland, Belarus, Rusia dan Kazakhstan sebelum menuju ke China.
Kontena, yang juga mengandungi produk vitamin dan farmaseutikal, akan dikeluarkan dan diletakkan dalam gerabak berlainan ketika mereka meninggalkan Poland kerana negara bekas Kesatuan Soviet itu menggunakan landasan kereta api yang lebih lebar. “– AFP