KOTA KINABALU, 7 OGOS – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Negeri Sabah membuat kelainan tahun ini apabila menggunakan kereta api dan pengangkutan air, selain jalan raya pada jelajah yang bermula esok.
Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata pada 13 Ogos, KMJG dijadual menggunakan tiga gerabak kereta api bagi perjalanan dari Pangi ke Tenom, selain peserta kembara juga akan melaksanakan program khidmat kemasyarakatan di situ.
“Menariknya, Pangi ke Tenom antara kawasan yang kereta api satu daripada pengangkutan utama. Hal ini diharapkan akan menjadi pengalaman istimewa buat peserta KMJG dan penduduk di sana,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. – Bernama