Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta api tergelincir, 22 maut

    YILAN, Taiwan, 21 Okt – Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir dan terbalik di laluan pinggir laut terkenal di Taiwan hari ini.

    Pentadbiran Kereta Api Taiwan mengesahkan 22 orang maut dan 171 yang lain cedera dalam satu kemalangan di Yilan.

    Pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan jika ada masih penumpang yang terperangkap di dalam kereta api tersebut. Wartawan AFP yang berada di tempat kejadian berkata, mayat-mayat telah dikeluarkan dari gerabak tersebut.

    Imej dari lokasi tersebut menunjukkan kereta api Ekspres Puyuma kelihatan tergelincir dan tersadai.

    Kesemua lapan gerabak kereta api tergelincir dan lima yang lain terbalik ke sebelah di stesen Xinma, menurut pentadbiran kereta api.

    Salah seorang penumpang memberitahu Apply Daily Taiwan, kereta api itu bergegar sepanjang perjalanan.

    Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada 4:50 petang waktu setempat dan punca kemalangan masih belum diberitahu. Pentadbiran kereta api berkata seramai 366 berada di dalam kereta api tersebut dalam perjalanan menuju ke Taitung. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda