Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kereta api terpanjang catat rekod dunia

    GENEVA, 4 NOV – Sebuah syarikat sistem kereta api Swiss mencatat rekod untuk kereta api penumpang terpanjang di dunia baru-baru ini dengan perjalanan di salah satu landasan paling mengagumkan menerusi Alp.

    Syarikat Rhaetian Railway melancarkan kereta api sepanjang 1.9 kilometer yang terdiri daripada 100 gerabak di sepanjang laluan Albula/Bernina dari Preda ke Berguen.

    Laluan yang dimasukkan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO pada 2008 itu melalui 22 terowong, ada di antaranya berliku-liku menerusi gunung, dan melalui 48 jambatan, termasuk Landwasser Viaduct yang mempunyai pemandangan yang indah.

    Seluruh perjalanan mengambil masa satu jam. Peminat kereta api beratur di sepanjang lembah untuk menyaksikan 25 bahagian kereta api bergerak berbelok-belok menerusi Alp sejauh 25 kilometer.

    Pengarah Rhaetian Railway, Renato Fasciati berkata usaha memecah rekod itu dihasratkan menekankan beberapa pencapaian menakjubkan dalam bidang kejuruteraan Switzerland selain meraikan ulang tahun ke-175 penubuhan sistem kereta api Swiss. – AP

    Sebuah kereta api Rhaetian Railway dalam perjalanan mencatat rekod dunia untuk kereta api penumpang terpanjang di Berguen, Switzerland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...