Kereta bawa pendatang terbalik, 7 terkorban

THESSALONIKI, 19 NOV – Seramai tujuh pendatang terbunuh manakala lapan cedera di bahagian utara Greece selepas kereta dipandu mereka terbalik ketika cuba mengelak sekatan lalu lintas polis berhampiran sempadan Turki, menurut kenyataan polis hari ini.

Enam lelaki dan seorang wanita terkorban semasa kejadian yang berlaku selepas tengah malam di lebuh raya antara bandar kedua Greece, Thessaloniki dan sempadan Turki.

Pemandu kenderaan – seorang warganegara Moldova yang didakwa penyeludup dan antara yang tercedera – cuba untuk mengelak kawalan polis di lebuh raya, mencetuskan aksi kejar mengejar bersama pihak polis. Semasa aksi kejar mengejar, kereta dipandu pendatang melanggar penghalang jalan lalu terbalik, kata polis.

Warganegara mereka yang berkorban masih belum diketahui, namun kesemua yang tercedera adalah lelaki – empat dari Pakistan, dua warganegara Afghanistan dan seorang dari Nepal, menurut kenyataan.

Pendatang dari Asia dan Timur Tengah cuba memasuki Kesatuan Eropah melalui Laut Evros iaitu sempadan antara Turki dan negara anggota EU, Greece.

Greece, terutama pulaunya di timur Aegean, sering menjadi tumpuan pendatang dan pencari suaka yang datang dari Turki dan cuba memaski EU. – AFP