Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kereta curi berjaya dikesan, remaja ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Seorang perempuan warga tempatan berumur 19 tahun telah ditahan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kerana dipercayai mencuri kereta.

    Menurut kenyataan PPDB, Balai Polis Tutong telah menerima laporan mengenai kejadian kenderaan dibawa lari oleh individu tidak dikenali pada 12 Februari sekitar 5:35 pagi di kawasan sebuah kedai runcit di Kampung Luagan Duduk, Tutong.

    Siasatan telah dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Tutong melalui rakaman kamra litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

    Suspek disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

    PPDB mengingatkan dan menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa peka semasa meninggalkan kenderaan dan memastikan enjin kenderaan telah dimatikan dan dalam keadaan berkunci bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...