Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

Kereta dicuri bersama anak saudara

10 tahunBANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai 2007 – Polis mengumumkan sebuah kereta yang dilarikan bersama seorang kanak-kanak di dalamnya sudah ditemui semula dalam masa tidak sampai tiga jam.

Menurut polis, kereta itu dilaporkan dilarikan bersama penumpang di dalamnya pada 7 Julai hingga membawa kepada penyebaran pesanan ringkas mengenainya melalui telefon.

Pegawai Penyiasat Daerah Polis Brunei ketika mengumumkan perkembangan berkenaan, mereka menerima laporan mengenai kehilangan kereta berkenaan pada pukul 11:50 malam.

Menurut laporan polis, pengadu kejadian mendakwa telah meletakkan kenderaannya di tepi jalan Simpang 4, Jalan Kianggeh untuk menghantar makanan ke rumah kawannya.

Kenderaan itu ditinggalkan kira-kira pukul 10:25 malam dengan enjin masih dihidupkan bersama kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia tujuh tahun di dalam kenderaan itu.

Bagaimanapun, sekembalinya ke kereta itu kira-kira tiga minit kemudian, beliau dapati keretanya hilang bersama anak saudaranya.

Kenderaaan itu ditemui semula berhampiran sebuah rumah kosong di Kampung Bebuloh, Limau Manis setelah polis dan keluarga mangsa menerima maklumat dari penduduk Kampung bebuloh pada kira-kira pukul 2:21 pagi.

Kanak-kanak yang dilarikan bersama kenderaan terbabit ditemui masih di dalam kereta dan bergegas menuju ke arah polis dan anggota keluarganya sebaik sahaja melihat mereka.

Mangsa dalam keadaan selamat dan tidak ada kesan kecederaan fizikal, tetapi dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk pemeriksaan lanjut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -