Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kereta elektrik semakin popular di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Penggunaan kenderaan elektrik (EV) sedang di dalam trend menaik ketika ini terutama untuk kegunaan persendirian dan dijangkakan akan terus popular pada masa akan datang.

    Jika diteliti menerusi laman media sosial, boleh didapati ramai pengguna EV begitu gembira dan bangga dengan pemilikan tersebut dan ini dapat dilihat apabila mereka banyak memuat naik gambar berserta pengalaman menggunakan kenderaan itu.

    Presiden Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC) Datuk Shahrol Halmi berkata dianggarkan terdapat 500 EV di Malaysia ketika ini dan semakin ramai berhasrat untuk membeli kenderaan itu disebabkan beberapa faktor.

    “Masa depan penggunaan EV di Malaysia adalah cerah dan semakin ramai menyatakan hasrat mereka untuk memiliki EV disebabkan pemanduan yang lebih lancar dan tidak bising seperti kereta konvensional,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Terdapat banyak pilihan EV di pasaran ketika ini bergantung kepada bajet dan minat pembeli itu sendiri terhadap sesuatu jenama tertentu serta ciri-ciri kereta yang mereka inginkan.

    “Ketika ini trend EV di Malaysia masih fokus kepada model high end seperti Porsche, BMW, Hyundai, Volvo, Mercedes-Benz dan kini membawa masuk Tesla, MG dan juga Audi ke pasaran. Pembeli boleh pilih mengikut cita rasa mereka.

    “Kerajaan juga menggalakkan penggunaan EV ini dengan memberikan pengecualian cukai import dan sebagainya serta penggunaan EV amat baik untuk alam sekitar dengan ketiadaan pelepasan gas karbon dioksida yang boleh mencemarkan udara,” katanya dengan menambah ia bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 yang dilaksanakan kerajaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...