
SINGAPURA, 27 Sept – Perkhidmatan perkongsian kereta elektrik akan dilancarkan di Singapura, Disember ini, dalam apa yang syarikat di sebalik skim itu katakan hari ini, adalah yang pertama di Asia Tenggara.
BlueSG, subsidiari Kumpulan Bollore, Perancis berkata 80 kereta dengan 30 stesen tempat kenderaan itu boleh diambil dan diturunkan akan beroperasi pada hujung tahun ini.
Kumpulan itu merancang untuk mengeluarkan 1,000 Bluecars yang ditempah khas menjelang 2020, serta beberapa stesen dan tempat pengecasan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn