Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta kalis peluru mendapat sambutan di Brazil

    SAO PAULO – Warga Brazil sering merasa bimbang mengenai terkena tembakan ketika memandu, namun tidak mempunyai wang yang mencukupi dalam ekonomi yang tidak stabil untuk membeli apa-apa yang dapat melindungi mereka sendiri.

    Diperkenalkan kereta kalis peluru terpakai.

    Sama ada untuk menyediakan perlindungan yang benar-benar diperlukan atau hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk, kereta peribadi kalis peluru ini biasanya dimiliki atau dikaitkan dengan orang kaya, tetapi di Brazil, kereta berperisai ini jauh lebih dari biasa daripada di kebanyakan negara lainnya.

    Pakar-pakar industri menganggap industri kalis peluru Brazil bernilai AS$245 ini adalah yang terbesar di dunia.

    Tetapi dengan ekonomi baru merangkak keluar dari kemelesatannya, satu peratus pertumbuhan pada tahun 2017 dicatatkan selepas kemelesetan selama dua tahun, pemandu-pemandu yang merasa bimbang itu kini sedang sedang mencari pilihan bajet.

    Pakar-pakar industri menganggap industri kalis peluru Brazil yang bernilai AS$245 ini adalah yang terbesar di dunia. – AFP
    Seorang pekerja melakukan kerja-kerja pemasangan serta sintetik para-aramid di dalam kereta perisai di Maua, Sao Paulo, Brazil. – AFP
    Kenderaan berperisai persendirian ini sangat lazim di kalangan kelas menengah di hab ekonomi Sao Paulo, tanpa mengira fakta bahawa bandar raya mega itu adalah salah satu bahagian yang paling selamat di negara yang sering dilanda keganasan. – AFP

    “Saya suka kereta, tetapi saya tidak merasa selesa menghabiskan banyak wang pada hanya sebuah sahaja,” kata peguam Mauricio Paulo, 40, yang memandu kereta Volvo XZ 60 kalis peluru terpakai.

    Ini adalah kenderaan berperisai keempat Paulo.

    Dia mendapatkan kereta perisai pertamanya selepas dirompak ketika dia berhenti di sebelah lampu isyarat. Sementara kelahiran anak perempuannya 18 bulan yang lalu telah meyakinkannya untuk memiliki sebuah lagi, namun dalam keadaan berjimat cermat.

    “Saya memerlukan kereta kalis peluru ini kerana kurang yakin terhadap keselamatan,” katanya. “Saya beralih kepada kereta terpakai kerana saya dapat mengurangkan sedikit belanja untuk bergerak dengan selamat.”

    Untuk mengubah suai sebuah kereta menelan kos sekitar AS$13,000 (53,600 reais), sama seperti membeli sebuah kenderaan tambahan.

    Melangkah untuk kenderaan yang telah digunakan dan sudah dilengkapkan dengan perisai itu boleh menurunkan harganya antara 10 dan 40 peratus, mengikut anggaran yang berbeza dari para peniaga dan pemilik.

    Satu lagi pasaran besar, Mexico, sebanyak 2,986 buah kereta kalis peluru pada tahun 2017, antara tahun terbaik bagi industri itu.

    Tetapi dalam iklim yang sukar pada tahun lepas, industri perisai Brazil ini masih mengeluarkan lebih daripada 15,000 kenderaan.

    Kenderaan berperisai persendirian ini sangat lazim di kalangan kelas menengah di hab ekonomi Sao Paulo, tanpa mengira fakta bahawa bandar raya mega itu adalah salah satu bahagian yang paling selamat di negara yang sering dilanda keganasan.

    Hampir tiga suku kerja-kerja pemasangan kalis peluru ini dilakukan di negeri Sao Paulo dan kebanyakan 150,000 kenderaan perisai negara itu juga berada di sana, menurut persatuan kalis peluru Abrablin.

    Sama ada Abrablin mahupun badan penjual kereta terpakai Fenauto telah menjejaki jualan kereta perisai terpakai ini. Tetapi pakar industri mengatakan bahawa ia adalah trend sebenar di sini.

    “Tahun ini, pasaran kereta terpakai adalah begitu menggalakkan,” kata Fabio Rovedo de Mello, pengarah syarikat kalis peluru yang berpangkalan di Sao Paulo.

    “Oleh kerana apa yang dihadapi oleh negara ini, permintaan bagi kereta terpakai telah melonjak naik.”

    Penjualan kereta baharu secara umum menjunam ke paras terendah 10 tahun pada tahun 2016 di Brazil. Pasaran khusus dalam kereta perisai baharu mencerminkan trend, menjatuhkan 20 peratus tahun lalu berbanding tahun 2016.

    “Apabila pasaran baharu tidak melakukan jualan, adanya permintaan baharu untuk kereta terpakai, kerana seseorang tidak mampu untuk membeli yang baharu,” kata presiden Abrablin Marcelo Christiansen, yang juga mengetuai firma kalis peluru.

    “Kereta perisai ini jauh lebih mahal, jadi pilihannya adalah untuk menggunakan kereta terpakai agar bersesuaian dengan bajet saya,” kata Eliane Wakatsuki, 39, seorang pengurus di sebuah firma hidroelektrik, yang memandu uji kereta Mercedes Benz GLA 200 dilengkapi dengan rangka kalis peluru.

    Malah pemandu-pemandu yang ingin membeli kereta baharu dan perisai tambahan itu sedang mencari-cari tawaran yang menarik.

    Tahun lepas, kereta baharu yang paling laris untuk kalis peluru adalah Toyota Corolla, di mana ianya murah dan kecil, sesuai untuk mengendalikan perisai ini, yang mana nilainya boleh bertambah sehingga 12 peratus daripada berat badan asal kenderaan tersebut.

    Para pemilik mengatakan bahawa kadar jenayah yang tinggi telah mendorong mereka untuk mendapatkan langkah keselamatan tambahan. Sesetengah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Brazil memaksa pekerja-pekerja ekspatriat mereka untuk memandu kenderaan perisai itu.

    Tetapi sama ada kereta tersebut diperlukan adalah persoalan lainnya.

    Sao Paulo, negeri terkaya di Brazil, mempunyai kadar pembunuhan paling rendah di negara itu pada tahun 2016, yang mana angka perbandingannya boleh didapati pada tahun lepas. Terdapat 10.9 pembunuhan setiap 100,000 orang berbanding purata kebangsaan iaitu 30.3, manakala negeri Sergipe di timur laut mempunyai 64.7.

    “Memiliki kereta kalis peluru di Brazil ini adalah mengenai status. Orang lebih mementingkan status berbanding tahap keselamatan mereka sendiri,” kata Christiansen.

    “Isterinya marah, kerana jirannya mempunyai memiliki sebuah dan dia tidak, jadi dia memberitahu suaminya: ‘Saya mahu sebuah kereta kalis peluru.’”

    Bagi Paulo, kenderaan berperisai boleh membawa keselamatan, tetapi juga merunsingkan hatinya.

    “Mereka yang mempunyai sedikit kemampuan dapat melindungi diri mereka dengan lebih baik,” katanya. “Bagi mereka yang tidak pula, ia boleh membahayakan nyawa mereka walaupun dalam isu remeh-temeh.”

    “Anda berasa tidak sedap hati, kerana orang dipisahkan oleh kuasa ekonomi mereka di negara-negara dunia ketiga dan itu sangat menyedihkan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda