PARIS, 9 Ogos – Sebuah kereta melanggar sekumpulan tentera yang membuat rondaan di luar Paris hari ini, mencederakan enam orang, dua dalam keadaan parah, ujar polis.
Kenderaan itu kemudian meninggalkan tempat kejadian sejurus insiden itu yang berlaku kira-kira jam 8 pagi (0600 GMT) di pinggir bandar barat laut Levallois-Perret.
Pihak polis menggambarkan insiden itu sebagai “perbuatan yang disengajakan”. – AFP (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)