Kereta lumba pandu sendiri cipta sejarah

INDIANAPOLIS, 24 OKT – Pemenangnya bukanlah pemandunya tetapi algoritma dalam acara Indianapolis Motor Speedway, kelmarin, di mana kereta paling pantas telah mencatatkan kelajuan 218kilometer sejam (kmsj), petanda kenderaan autonomi memasuki era baharu.

Menetapkan rekod perlumbaan dua pusingan, pasukan dari Universiti Teknikal Munich (TUM) memenangi hadiah bernilai AS$1 juta dalam Cabaran Autonomi Indy yang pertama, acara yang dedikasikan kepada kereta pandu sendiri.

Kereta mereka menewaskan EuroRacing, pasukan Eropah lain yang gagal dengan kesilapan coding oleh salah seorang pelajar jurutera mereka meskipun mendapat waktu pusingan terpantas yang pernah dicatatkan bagi kereta autonomi, pada 223kmsj.

Dallara EuroRacing IL-15 telah diprogramkan untuk lima kali pusingan daripada sebaliknya enam yang dijadualkan setiap pesaing dan oleh itu ia perlahan semasa pemanduan terakhir sekitar litar tersebut, memperlahankan kelajuan purata.

Pasukan Eropah ketiga juga hampir mencapai kemenangan namun penjejak GPS bagi PoliMOVE terhenti semasa perlumbaan itu, yang menjadikan kereta mereka ‘sepenuhnya buntu’, menurut Sergio Matteo Savaresi, seorang profesor di Universiti Politeknik Milan dan pengurus pasukan.

Setiap kereta autonomi bergantung pada sensor, kamera, radar namun lebih utama GPS, tanpanya tiada gerakan kawalan adalah mustahil.

Dallara IL-15, digunakan oleh setiap pasukan, menyerupai kereta Formula One adalah lebih kecil dan didatangkan bersama tag harga sekitar AS$230,000. Bagaimanapun, teknologi di dalamnya menjadi setiap kereta bernilai lebih AS$1 juta, menurut penganjur acara.

Antara teknologi yang dipasang dalam kenderaan itu adalah sensor yang dibekalkan oleh industri perintis, Luminar yang boleh memetakan permukaan daripada 250 meter jauhnya. – AFP

Sebuah komputer riba di atas sebuah kereta di Black & Gold Autonomous Racing menjelang perlumbaan Indy Autonomous Challenge di Indianapolis pada 23 Oktober. – AFP