Kereta mewah penuhi pameran Geneva

GENEVA, 8 Mac – Begitu banyak corak mewah apabila pameran kereta tahunan terbesar Eropah dibuka kepada orang ramai semalam, di mana segala-galanya dari kereta konsep hinggalah kepada kereta terbang dan automobil yang lazimnya mahal bertatahkan permata turut dipamerkan.

Yang mewujudkan suasana, ‘Battista’ baharu yang berkilat oleh pengeluar kereta Itali Pininfarina adalah salah sebuah kenderaan pertama yang akan dilihat oleh sesiapa yang berjalan memasuki dewan besar pamera Pameran Kereta Antarabangsa Geneva.

Battista adalah yang pertama digelar kereta konsep iaitu kereta aerodinamik, amat laju dan ringan yang sepenuhya elektrik, menurut wakil jualan Pininfarina yang berada di situ.

Hanya 150 buah Batttista akan dibuat, di mana setiap satunya dengan enjin 1,900 kuasa kuda yang boleh meluncur dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh kurang dua saat.

Kenderaan ini yang berharga kira-kira dua juta euro telah dibayangkan untuk pengemar yang memiliki ‘wang dan benar-benar sukakan kereta,” ujarnya lagi.

Berada berhampiran ialah pengeluar Pal-V dari Belanda yang memperagakan kereta kapal terbang hibrid ydengan sayap segi empat tepat pada bumbung yang nampak seperti kumbang bersinar.

Berharga kira-kira 500,000 euro, ia boleh dipandu sehingga 160 kilometer sejam dan boleh terbang pada ketinggian 3,500 meter atau sekurang-kurangnya itulah apa yang didakwa oleh Pal-V. Walaupun jualan awal telah dibukakan, objek ini belum lagi didaftarkan untuk terbang. – AFP

Kereta RUF CTR terbaharu yang diperkenalkan pada Pameran Kereta Antarabangsa Heneva ke-89 di Geneva, Switzerland. – AP