Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kereta milik Puteri Diana dilelong AS$764,000

    LONDON, 28 OGOS – Sebuah kereta yang dipandu oleh Puteri Diana pada 1980-an dijual pada harga AS$764,000 dalam satu acara lelongan kelmarin, beberapa hari sebelum ulang tahun ke-25 kematiannya.

    Silverstone Auctions berkata terdapat “pembidaan sengit” untuk Ford Escort RS Turbo hitam sebelum jualan ditutup. Pembeli United Kingdom (UK) yang namanya tidak didedahkan, membayar pembelian sebanyak 12.5 peratus ​​di atas harga jualan, menurut rumah lelong kereta klasik itu.

    Diana meninggal dunia dalam kemalangan kereta berkelajuan tinggi di Paris pada 31 Ogos 1997.

    Diana memandu Ford Escort RS Turbo dari 1985 hingga 1988. Dia bergambar dengan kereta lumba itu di luar kedai butik di Chelsea dan restoran di Kensington. Kerabat diraja UK itu dilaporkan lebih suka memandu keretanya sendiri, dengan anggota pasukan keselamatannya di tempat duduk penumpang.

    Kereta itu mencatatkan jarak pemanduan sejauh 24,961 batu sahaja. Tahun lepas, Ford Escort yang digunakan Diana dijual pada lelongan dengan harga AS$61,100. – AP/Bernama

    Ford Escort RS Turbo Siri 1, milik Diana, Princess of Wales, dilihat semasa lelongan di litar Silverstone, di Northamptonshire, England, pada Jumaat. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...