Kereta rempuh bantahan, lelaki ditembak

SAN FRANCISCO, 8 JUN – Seorang pembantah ditembak selepas seorang lelaki bersenjatakan senapang merempuh penunjuk perasaan George Floyd di barat laut bandar Seattle malam semalam, kata perkhidmatan kecemasan.

Gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan Q13Fox menunjukkan lelaki itu membawa sepucuk pistol dan keluar dari sebuah kereta berhampiran kawasan timur Jabatan Polis Seattle sementara pembantah menjerit dan melarikan diri.

Lelaki itu berjalan ke arah penunjuk perasaan sebelum menghilangkan diri di kalangan orang ramai.

Polis berkata di Twitter mereka telah menahan seorang suspek dan menemui semula senjata. “Pegawai menggeledah, tetapi tidak percaya terdapat mangsa tambahan,” kata polis di Twitter.

Seorang lelaki dalam umur dua puluhan yang mengalami luka tembakan dibawa ke hospital dan dalam keadaan stabil, kata jabatan bomba.

Q13Fox berkata mangsa, seorang pembantah, ditembak di lengan selepas dia menghampiri lelaki bersenjata apabila dia masih berada dalam kenderaan.

Rapat Seattle merupakan sebahagian daripada bantahan yang dicetuskan oleh kematian Floyd pada 25 Mei, yang terbunuh apabila seorang pegawai polis menekan lututnya pada leher lelaki kulit hitam selama hampir sembilan minit.

Pada Sabtu, polis Seattle menggunakan semburan lada sulah untuk meleraikan pembantah yang dilihat oleh mereka melontar botol, batu dan ‘alat pembakar’ semasa rapat di kawasan Capitol Hill. Beberapa pegawai juga cedera, kata jabatan. – AFP

Polis Seattle dan kakitangan Pengawal Nasional Washington mengawal satu persimpangan tatkala penunjuk perasaan bertempur dengan penguatkuasa undang-undang berhampiran kawasan timur Jabatan Polis Seattle di Seattle, Washington kelmarin. – AFP