Monday, October 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kereta sedan tiba-tiba terbakar

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Seorang wanita warga tempatan mengalami kerugian kira-kira $2,000 apabila kereta sedan miliknya tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di kawasan persimpangan lampu isyarat, Jalan Kumbang Pasang, di sini, pagi tadi.

    Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 8:59 pagi dan telah mengerahkan sebuah jentera bomba dan lima anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh SO Norsallehuddin bin Haji Mohd Hussin.

    Apabila anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian, didapati sebuah kereta terbakar keseluruhan di bahagian enjin dan anggota bomba bertindak menggunakan hos reel dari jentera bomba untuk memadamkan kebakaran tersebut dan berjaya memadamkan kebakaran dalam masa satu minit.

    Kenderaan itu terbakar berpunca daripada saluran hos minyak power steering yang pecah.

    Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada saluran hos minyak power steering yang pecah dan terkena pada bahagian manifold lalu terbakar.

    Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan orang ramai agar sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan dan sentiasa memastikan keadaan kenderaan dalam tahap yang baik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda