Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kereta sorong diubah jadi rumah

    MANILA, 2 DIS – Seperti ribuan penduduk tanpa tempat tinggal di ibu negara Manila, Filipina, Maricel Abawag dan anak lelakinya tidur di kotak kadbod yang dibentangkan di lorong jalan kaki.

    Kemudian mereka mendapatkan kereta sorong.

    Kereta sorong, dikenali sebagai karitons, merupakan satu pemandangan yang umum di bandar dengan 13 juta penduduk itu. Biasanya dibuat daripada sisa kayu, kereta sorong itu digunakan sebagai tempat berteduh, simpanan dan sumber pendapatan, seperti mengutip sampah untuk dijual kepada syarikat kitar semula.

    “Kami tidak mampu menyewa sebuah rumah kerana perlu membayar sewa. Selain itu, saya juga perlu membayar bil elektrik, air, beras dan susu, saya tidak mempunyai wang yang cukup,” beritahu Abawag kepada AFP.

    Setiap malam, Abawag dan anak lelakinya yang berusia empat tahun tidur dalam kereta sorong yang diletak di bawah sebatang pokok di lorong jalan kaki sebatang jalan yang sibuk. Kereta sorong itu, 1.6 meter panjang dan satu kaki lebar dan mengandungi pelbagai jenis barangan seperti lampu suluh, radio, sabun, bantal, selimut dan barang mainan.

    Apabila hujan, Abawag menarik kepingan plastik di atas untuk dijadikan bumbung. – AFP

    Maricel Abawag dan anak lelakinya berehat dalam kereta sorong yang dianggap sebagai rumah, bersebelahan kondominium di Bandar Quezon, Manila. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...