Kereta tanpa pemandu gagal dilaksanakan

NEW YORK, 15 DIS – Kereta tanpa pemandu pertama sepatutnya dapat digunakan di jalan raya bandar Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, namun beberapa hari sebelum tahun ini berakhir, janji-janji pengeluar kereta dari Silicon Valley masih jauh daripada menjadi kenyataan.

Kemalangan baru-baru ini yang membabitkan kereta Tesla yang dilengkapi dengan Autopilot, perisian bantuan pemandu, telah menunjukkan bahawa “teknologi tersebut belum lagi dapat digunakan,” kata Dan Albert, pengkritik dan penulis buku ‘Are We There Yet?,’ mengenai sejarah otomobil AS.

Beliau mempersoalkan kempen jualan yang optimistik di mana kereta automatik mampu membantu mengurangkan kematian jalan raya – 40,000 kemalangan setiap tahun di AS, kebanyakannya akibat kecuaian manusia – disebabkan kenderaan mereka sendiri telah mengakibatkan kematian.

Oleh itu, pengemudian kereta tanpa pemandu dalam kenderaan yang sarat dengan teknologi adalah terhad kepada letak kereta, brek, menghidupkan enjin, atau memandu di kawasan letak kereta.

Kenderaan automatik hanya digunakan dalam projek ujian yang terhad di beberapa buah bandar.

“Apabila anda mengusahakan misi penggunan sistem keselamatan kritikal, idea ‘bergerak pantas dan langgar’ pastinya tidak sesuai,” kata Dan Ammann, CEO syarikat kereta pandu sendiri Cruise. – AFP