Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Sebuah kereta terbakar dalam kejadian di simpang ke Universiti Brunei Darussalam pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kerosakan kabel di bahagian unit kawalan enjin (ECU).
Pemandu kereta berkenaan, seorang wanita dan penumpangnya seorang lelaki terselamat kerana sempat keluar dari kereta berkenaan semasa insiden itu berlaku.
Menurut Pasukan Bomba dan Penyelamat, mereka menerima panggilan pada jam 11.53 pagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut dan segera mengerahkan tiga buah jentera bomba bersama 15 anggota dari Balai Bomba Rimba, diketuai oleh ASO Pengiran Hassanal bin Pengiran Haji Matjain ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata