Wednesday, March 22, 2023
23.4 C
Brunei

-

Kereta terbalik, mangsa terselamat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Seorang lelaki terselamat dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di kawasan jalan Kampung Salambigar, petang tadi.

Kereta yang dipandu  oleh lelaki tempatan yang dipercayai berumur sekitar 30an itu hilang kawalan dan terbalik ke dalam semak.

Menurut saksi, Awang Razak yang sedang makan di salah sebuah restoran berdekatan, semasa kejadian beliau mendengar bunyi dentuman kuat di luar restoran, dan setelah diperiksa sebuah kereta salun berwarna merah dalam keadaan terbalik berdekatan pokok pisang dan hampir memasuki longkang.

Pada ketika itu, katanya, orang ramai sedang memeriksa kereta berkenaan dan mengeluarkan mangsa dari kereta.

Pemandu tidak menunjukkan kecederaan serius hanya trauma akibat daripada kejadian berkenaan, ujar beliau lagi.

Kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbalik ke dalam semak.
Kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbalik ke dalam semak.
Mangsa kemalangan terselamat daripada kejadian itu.
Mangsa kemalangan terselamat daripada kejadian itu.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -