Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kereta terbang berpemandu mulakan penerbangan pertama di Jepun

    OSAKA, 15 MAC – Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka semalam.

    Kereta terbang satu tempat duduk buatan Lift Aircraft Inc. dari Amerika Syarikat itu terbang selama kira-kira 10 minit. Semasa penerbangan, ia berlegar kira-kira 8 meter di atas tanah dan kemudian dipandu berpusing-pusing, menurut Jiji Press.

    Syarikat perdagangan Jepun Marubeni Corp. menjalankan ujian penerbangan itu di padang besbol di Osaka Castle Park dengan kerjasama kerajaan bandar dan wilayah Osaka. Kereta terbang dijangka digunakan secara komersial pada Ekspo Osaka 2025, katanya.

    Selepas pendaratan, Masatoshi Kumagai, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif firma teknologi maklumat utama Jepun, GMO Internet Group Inc. memberitahu pemberita bahawa kereta terbang ‘akan menjadikan impian manusia sebagai kenyataan.’

    “Saya berharap (kereta terbang) akan digunakan secara praktikal di Ekspo dan melakukan yang terbaik,” katanya.

    Penerbangan ujian luar itu akan menyediakan data mengenai tahap bunyi dan kesan angin pada laluan penerbangan yang menghubungkan tapak acara dan parkir kereta terbang di luar bandar raya, selain menimbang langkah-langkah keselamatan, katanya. – Bernama

    Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...