Kereta unik untuk hotel mewah

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Kereta mewah BMW 745Le xDrive, versi yang sangat diindividukan kini digunakan bagi kereta pengangkutan rasmi Ellerman House, hotel butik yang mewah di Cape Town, Afrika Selatan.

Menurut kenyataan yang diberikan, kereta unik yang direka oleh BMW Individual dengan kerjasama artis dan pengukir botani Afrika Selatan, Nic Bladen itu menggabungkan pengalaman pemanduan mewah dengan keanggunan berkualiti tinggi dari segi reka bentuk luaran dan dalamannya.

Seperti kereta mewah BMW, Ellerman House juga terkenal memberikan pe-ngalaman unik kepada tetamunya.

Kaitan rapat antara suasana mewah dan seni juga memberikan BMW 745Le xDrive yang direka untuk Ellerman House tidak dapat dipertikaikan lagi.

Dalam menjamin standard kualiti dan keselamatan BMW Group, setiap komponen yang dihasilkan oleh BMW Individual menjalani prosedur ujian sama seperti yang dimaksudkan untuk komponen yang dihasilkan.

BMW 745Le xDrive yang direka khas untuk Ellerman House – Gambar serahan Kumpulan BMW