Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

Keretapi Sarong semarak sambutan Hari M’sia 2022

-

KUALA LUMPUR, 8 SEPT – Program flash mob atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2022 kini kembali bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini dengan tema ‘Retro Kuala Lumpur’, selepas dua tahun tergendala susulan penularan COVID-19.

Pengarah program itu, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata persembahan akan bermula serentak di tujuh stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL) dengan diketuai kumpulan sukarelawan di setiap lokasi menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan. 

Beliau berkata stesen terlibat adalah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang. 

“Pada tahun ini, kita menambah beberapa lagi stesen permulaan iaitu Stesen KLIA Transit di KLIA dan Putrajaya serta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad( KTMB ) KL Sentral bagi meluaskan rangkaian peserta.

“Stesen Sentral Kuala Lumpur menjadi stesen permulaan dan perjumpaan bagi peserta yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KLIA Transit dari stesen masing-masing,” katanya pada majlis prapelancaran program itu di sini hari ini.

Shamsul Bahrin berkata program itu buat pertama kalinya juga akan berlangsung serentak di Ipoh, Perak yang dijangka diadakan di Stesen KTMB Ipoh dengan kerjasama Kelab Sosial Ipoh. Beliau berkata pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 5,000 orang susulan pertambahan rangkaian stesen tren sebagai stesen permulaan. – Bernama

Program ‘flash mob’ Keretapi Sarong 2022 kini kembali bagi meyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini ketika liputan Bernama di Stesen Keretapi Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -