Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Kerja-kerja bored pile dijalankan di Kampung Lumapas

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai kerja-kerja bored pile di Jalan Lumapas yang sedang giat dijalankan pada masa ini.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan itu di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

JKR menyatakan, bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel, pro@pwd.gov.bn.

Rajah menunjukkan jalan yang terlibat dalam kerja-kerja bored pile di Kampung Lumapas. – Gambar serahan JKR
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -