Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Kerja-kerja cuci tangki di Kiarong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi disebabkan kerja-kerja penyucian tangki air Kiarong No. 1, akan dilaksanakan bermula esok 20 September jam 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Antara kawasan terjejas adalah Jalan Kumbang Pasang, keseluruhan kawasan Pusat Bandar Seri Begawan, Kampung (Kg) Berangan, Kg Kianggeh, Kg Subok, Jalan Kota Batu, Kg Sg Lampai, Kg Serdang, Kg Sg Belukut dan sekitarnya, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya hari ini.

    JKR bagaimanapun telah memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Jabatan itu juga memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...