Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kerja-kerja cuci tangki di Lambak Kanan 1 hari ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan orang ramai mengenai kemungkinan berlakunya gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan kerja-kerja pencucian tangki Lambak Kanan 1, bermula pukul 9 pagi esok.

    JKR menjelaskan, beberapa kawasan termasuk sebahagian RPN Lambak Kanan Jalan 11, Jalan 49, Jalan 50, Jalan 64, Jalan 83, Jalan 77, Jalan 88, keseluruhan Jalan 10 Utara, Pusat Kesihatan Berakas, Masjid Perpindahan Lambak Kanan dan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi.

    Jabatan itu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Pihak jabatan juga memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...